Assalamualaikum semua, nampak macam mudah sahaja, tetapi sebenarnya kita perlu ikut langkah-langkah yang betul supaya botol susu anak-anak kita tidak dijangkiti kuman yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Tidak dinafikan, ada dikalangan kita masih tidak tahu langkah-langkah pembersihan botol yang betul.tidak kata orang lain ,saya sendiri pada mulanya kurang tahu dan bila sahaja dapat tahu, rasa menyesal pun ada , kenapa dari dulu tidak pernah terfikir yang mencari cara-cara yang betul dan rasa lagi bersalah sebab cara saya mencuci botol ada yang tidak lengkap. Jadi rasa terpanggil untuk kongsi demi kebaikan anak-anak kita semua. semoga membesar dengan sihat. In Shaa Allah.
Apa yang sering sesetengah orang lakukan ialah :-
1) Kesilapan Membasuh Botol 1 : Tidak membasuh botol dengan segera
Selepas menggunakan botol susu, kita tidak terus membasuhnya. Sesetengah dari kita , setelah anak minum susu kita hanya biarkan sehingga anak kita ingin minum susu seterusnya. Bila kita biarkan dalam jangka masa yang panjang , susu yang basi akan melekat di botol.
2) Kesilapan Membasuh Botol 2 : Tidak membuka Bahagian-bahgian botol susu.
Ramai yang mengabaikan membuka setiap bahagian yang boleh dibuka ketika ingin membasuhnya.Ada sesetengahnya kerana hanya ingin membilas sebab tadi dah basuh, jadi basuh tanpa buka puting contohnya . bila kita tidak membuka semua tempat yang boleh kita buka, mungkin susu-susu basi masih terlekat tanpa kita sedari dan dengan susu basi tersebut kita tambah dengan susu baru. ini akan menyebarkan kuman pada bayi kita.
3) Kesilapan Membasuh Botol 3 : Tidak basuh menggunakan air panas
kadang-kadang ramai saja yang abaikan , basuh botol yang baru dibeli dengan air paip biasa dan tanpa menggunakan air panas.
4) Kesilapan Membasuh Botol 4 : Menggunakan Sabun yang tidak sesuai
Penggunaan sabun juga amat perlu diambil berat, supaya botol anak kita tidak melekat bahan-bahan kimia yang merbahaya pada bayi.
5) Kesilapan Membasuh Botol 5 : Tidak Membasuh Singki
Ada sesetengahnya, hanya biarkan sahaja barang-barang dalam singki contohnya pinggan magkuk tanpa di cuci dan seterusnya membasuh botol susu anak. Ini mungkin akan dijangkiti bakteria dan kuman daripada barang-barang terbiar tersebut.
6) Kesilapan Membasuh Botol 6: Botol Yang Basah
Ketika botol masih basah, dan tanpa pengeringan atau lap botol sehingga kering , kita sudah menggunakannya. Hal ini untuk menghalang air mentah atau air paip yang melekat dibotol tadi termasuk dalam susu yang kita bancuh.
Bila kita perhatikan kesilapan di atas , cuba kita ingat balik pernah tak kita lakukannya? jika jawapanyanya YA , jom kita ubahkan kepada langkah-langkah yang betul untuk melindungi anak-anak kita.
Bagaimana langkah-langkah yang perlu kita ikuti ?
Jom teruskan pembacaan.
1) Basuh Botol Segera selepas digunakan:-
- Mencegah susu basi terakumulasi didalam botol
- Basuh Botol guna air panas untuk lebih efektif
2) Kumpulkan bahan-bahan untuk mencuci
Semasa membasuh botol, menggunakan barang yang tepat amat membantu proses membasuh dengan baik.
Apa yang kita perlu ketika membasuh botol ialah :-
- Pemberus botol besar dan kecil , ini untuk membantu kita mencuci bahagian-bahagian yang kecil dengan mudah dan bersih.
-
- Cairan atau sabun pencuci yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia dan tidak meninggalkan sisa-sisa sabun di dalam botol. sabun yang saya sering gunakan ialah seperti pencuci didalam video ini. amat bagus sekali.
5) Menstrilkan Botol.
Ada sesetengah pendapat , Botol susu anak tidak perlu di stril kerap kali atau setiap kali penggunaan.
Kebersihan amat penting dalam menguruskan bayi kita , jangan abaikan kebersihan dan juga amat penting dan perlu kita menggunakan bahan pencuci tanpa kimia untuk mencuci botol-botol bayi kita supaya bayi kita dihindari daripada sebarang masalah kesihatan.
Dalam usaha itu , saya amat cadangkan penggunaa sabun atau pencuci biasa kepada pencuci tanpa bahan kimia seperti Basic H ( Hanya Rm 46 untuk kegunaan 6 bulan ke atas) ataupun Hand Dish Wash ( Hanya Rm 28 untuk kegunaan 5 bulan ke atas)ini . Kenapa perlunya Basic H atau Hand Dish Wash ni? kerana ia tanpa bahan kimia , selamat di gunakan untuk mencuci botol susu anak dan sebagainya. In Shaa Allah. saya juga pengguna tegar.
![]() |
0 Comments