Cara Buat Play Dough Guna Tepung Untuk Selamat Dan Jimat

Assalamualaikum bila tengok tengok gambar lama terjumpa gambar anak anak main playdoh buat sendiri dulu, jom repeat buat balik. dah lama rasanya terpendam hasrat nak buat Play Dough  sendiri , yelah yang beli di kedai risau juga sebab bergetah , anak saya yang kedua ni suka masukkan ke dalam mulut , jadi husband tegur la kan risau masukkan ke dalam mulut . jadi lepas tu saya terus simpan set Play Dough  .

sebab apa saya yakin dengan playdoh buat sendiri ? sebab bahan-bahan kita guna tu cuma bahan-bahan masakan yang kita guna di dapur je . selain menjimatkan .

Apa yang kita perlukan ialah :- 

3 cawan air panas 

6 sudu tartar cream ( kalau tak de takpe )

1 1/2 cawan garam halus ( letak banyak ni sebab tak nak bagi cepat rosak / basi) 

3 cawan tepung ( Aizah guna tepung gandum je)

3 sudu minyak sayuran ( Aizah guna minyak zaitun) 

Pewarna , tak kisah berapa color pun 🙂 

Cara untuk buat play dough :- 

1) tepung , tarter cream , garam halus , minyak  di letakkan ke dalam bekas / mangkuk 

gaul-gaul sampai sebati sikit . 

2) letak air panas tadi sikit demi sedikit , ini untuk pastikan adunan kita tak lembik . 

adunan yang betul , kita tak nak lembik , tak nak keras sangat . aizah bajet mcm ni , bila kita adun tu kan , adunan kita tak melekat kat tangan dah bila kita uli . jangan lebik sangat tau .. takut nanti susah kita nak bentukkan . 

3) Asingkan kepada beberapa bekas adunan tadi ikut berapa color kita ada

4) tuangkan color ke setiap adunan dan sehingga color sebati cantik .. 

haa ni dia dah siap ni 🙂 

haa sonok 2 beradik ni main playdough ibu buat .. bukan anak je sonok , ibu pulak tumpang sekaki hahaha ..  main masak-masak , jual-jual . erhmm masa bersama anak-anak kan ..  yang rasa yakin selamat la kalau tetiba si adik tu buat macam makanan betul .. tapi sure dia muntah balik sebab masin tu .. heheh 

selain tu , kita pun merangsang minda anak-anak kita , supaya berfikir untuk buat pelbagai bentuk dan sebagainya . 

ni dia nuha dan hana .. dapur main-main tu ibu buat guna kotak-kotak je , kotak shaklee melambak guna je .. jimatt .. hihi yang penting anak happy .. 

SELAMAT MENCUBA 🙂 

0 Comments