Assalamualaikum semua , siapa sangka tempat yang sangat cantik seperti pulau ini sebenarnya terletak di kampung saya iaitu Chendering, kuala terengganu sahaja . tak payah dah pergi ke pulau untuk pemandangan yang cantik seperti ini .
Di hiasi dengan buai dan tempat duduk yang sangat cantik ini sebenarnya di bina oleh anak -anak muda sekampung . salah seorangnya adalah kawan sekolah saya sendiri . memang respect mereka bersungguh-sungguh membina tempat secantik ini .
Mereka ialah Azmizi ( adikme) , hafiz ( peng) , khalil (kolil), farid (parid) , rohaizad(pok jat) dan wahad . Anak-anak muda ini memang berasal dari pantai chendering .
dan dipersisiran pantai pula kan mereka dirikan warong pata tok kita . jadi sambil-sambil menikmati pemandangan yang tenang dan damai bolehla kita minum-minum dan makan at warong pata tok kita.
kalau hari minggu jumaat dan sabtu tu memang ramai sangat orang datang . datang dari jauh pun ada tau.
jom kita selongkar gambar-gambar kat pata tok kita .
Ramai betul yang datang . rasa tak puas la datang sekejap .
Atau , kalau dari bandar kuala terengganu terus je ke kuala ibai , terus lagi akan jumpa masjid terapung kan , terus lagi naik jambatan . turun jambatan boleh slow kan kereta akan jumpa masjid warna putih selepas masjid ada jalan pusing ke kiri , dan terus je sampai hujung jalan dan ada jumpa sekolah rendah , ambil ke kanan dan yeayyyy dah sampai ..
SELAMAT DATANG SEMAU KE KAMPUNG SAYA CHENDERING , KUALA TERENGGANU
ini sahaja dulu perkongsian kampung saya .
0 Comments